Powered by Blogger.
RSS

KISAH GADIS

kisah seorang gadis yang sanggup menanggung risiko walaupun dia tahu  macam macam yang namanya derita dia akan lalui. dia bukan seorang gadis yang tabah. dia bukan lah seorang gadis yang tahan semua derita. tapi namanya cinta yang dalam, dia seperti bukan dirinya. dia belajar menjadik tabah. dia kaji macam mana nak jadik sabar, redha dengan segala dugaan. dia ready. ready sereadynya. benarlah kata dunia. hidup menjadi yang ketiga ni bukanlah satu benda yang mudah, gadis itu masih mampu tersenyum saat sang kekasih lebih memilih lagi satu itu. saat sang kekasih membalas msg dari pihak yang sana itu depan matanya. hati tabah dan sentiasa memujuk diri sendiri, tapi sekuat mana gadis itu mampu bertahan? akhirnya menitis air mata juga bila keseorangan. teman rapat gadis itu selalu berpesan. 'ramai lagi di luar itu, kenapa dia yang kau nak'  hanya satu sahaja yang mampu dijawab ' inilah cinta.. sepayah mana pun, sesulit apa pun, aku tetap disini dan tetap bersamanya'

tipu andai bahagia tak pernah dirasai. tipu andai sang kekasih tak pernah mengambik berat. tipu lagi takpernah mencipta kenangan. saat yang tidak mampu dilupai saat petama kali tangan bertaut. saat senyuman sang kekasih lemparkan. saat sang kekasih menyatakan rindunyaa sayangnya, saat makan malam ditemani bunyi pantai yang germersik. ada satu ketika, saat si gadis menemani sang kekasih bermain futsal, hanya jelingan mata sahaja membuat si gadis tersenyum. waktu itu bagai tiada pihak yang lagi satu. bagaikan dunia ini hanya milik mereka dan mereka yang menghiasinya.

tapi sampai bila ? sampai bila harus disorokan hubungan ini ? sampai bila ingin berkongsi ? benarlah kata dunia. yang tidak baik, tidak selamanya boleh disimpan. yang namanya mengambil harus dipulangkan.akhirnya, pihak yang lagi satu mengetahuinya, tiada siapa suka andai hak diambil oleh orang lain. macam mana si gadis tabah dan sabar dengan segala cacian makian yang berjaya dilemparkan. bibir masih mampu mengukir senyuman yang paling ikhlas. tapi hati ? menagis semahu mahunyaaaa! tiada lagi sabar. tiada lagi tabah. hilang bergitu sahaja. saat sang kekasih memberi kata semangat agar tabah dalam semua ini. si gadis berkata ' kasih, inilah bukti cinta aku padamu. aku tabah dengan segala cacian. dugaan. inilah bukti cinta aku yang ikhlas ini'

tapi kini ? si gadis pergi... jauh dari mereka. kerana sayang yang tebal ni. si gadis melangkah pergi. perginya kali ni bukanlah pergi kerana merajuk tapi perginya kerana cinta yang terlalu ikhlas ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS