Powered by Blogger.
RSS

Berjumpa Mama Kajang

Assalamualaikum semua.

maaf entry macam lambat skit update sebab busy. sebenarnya taklah busy sangat tapi kuasa malas tu dia lebih skit.

on the way nak balik kl
4 dec 2012

Me *assalamualaikum epa*
Epa *walaikumsalam anje*
.............

kenapa anje? kenapa tak ain? oklahh paling coman pun kaklong kan? sebab dalam perut lagi nama mama dah bagi siap siap nama MANJA. kahkah.

Me *kita pergi rumah mama dekat kajang nak? boleh jmpe mama dengan angah sekali*
Epa *okey set*

esoknya aku siap siap pergi ke kajanggg. tapi aku naik ktm ke tbs sahaja. epa datang ambik dengan kelisa comelnyaaa. oh yee, angah ikut sekali.










bunga warna merah dah lawa. tudung dah lawa. angah dah hensemmmmm.cuma, JERAWAT tu. sangat mencacatkan keadaan

mama ni yang jaga aku dari kecik. masa mama dan papa pergi kerja. mama hantar dekat rumah mama ni. so aku rapa dengan anak anaknya,. dari kecik lagi aku kenal dengan keluarga ni. dan epa adalah kawan sekolah kami dahulu juga kerap ke rumah mama bagi menghabiskan masa bersama.mama sangat peramah dengan semua orang. sayang sangat dengan keluarga ni.

apa yang aku nak buktikan dekat sini, jarang jauh masa dan tempat tak menghalang dalam satu hubungan. sama ada kita mahu ataupun tidak sahaja.

 yang bertudung hitam tu adalah mama kepada kami semua. kami semua dulu membesar bersama.

sekian. anje harap hubungan kekeluargaan kita. aminnnnnn :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Idaman

Assalamualaikum. selamat malam.


dah lamaaaaaaaaa nya aku tak update blog. malam ni rasa macam nak pasal LELAKI IDAMAN. kita sebagai perempuan ofcos  tanak dengan lelaki yang menyusahkan. contoh lelaki menyusahkan :
  • Malas kerja.
  • tak hormat orang tua.
  • kurang ajar
  • tak bertanggungjawab (curang, kaki perempuan ect).
  • takde agama
lain orang lain seleranya. lain yang diidamkan kan. ad yang nak kaya atau sebagainya.
tapi pada aku yang tak lah lawa ni, aku hanya perlukan seorang lelaki yang bertanggungjawab. hormat orang dan yang paling penting mampu bimbing aku dan anak2 kelak. duit boleh carik. rupa tak sampai ke mati. aku juga bukan lah solehah sangat. aku juuga takperlukan ustaz. cukup sekadar tahu tentang hukum hakam agama. dan yang paling penting, aku nak sangat carik lelaki yang mampu jaga mama macam papa jaga. mama sangat beruntung dengan adanya papa. papa sangat beruntung dapat lelaki segagah papa dan kami sangat bertuah dengan adanya mama dan papa.

MUHAMMAD FAIZAL OMAR
Tiba tiba gambar pejal muncul. kahkahkah
dialah lelaki yang aku mahukan. walaupun dia bukan ustaz.  tak berharta macam orang lain, tak hensem macam orang lain. tapi dia cukup apa yang aku nak 

percaya lah, DUIT BUKAN SEGALANYA. mungkin betul apa yang kita buat perlukan duit. tapi pecayalah, kebahagiaan takde harganyaaaa.

disini, aku titipkan sedikit ciri2 lelaki idaman semua orang :

1. LELAKI YANG PRIHATIN

Kalau dapat lelaki sedemikian memang dijamin sweetla coz bila kita ada pe2 masalah kita boleh luahkan pada lelaki ini dan lelaki ni plak pandai ambik hati kita dan mengambil berat tentang kita time susah dan senang.Yang penting tidak hipokrit dalam meluahkan cadangan penyelesaian or pendapat tentang masalah kita. Yang paling ditakuti ialah bila lelaki ini akan berasa jemu coz asyik dia je kena jadi pendengar setia.Jadi kita kenala jadi prihatin jugak.Kira situasi win-win la.

2. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA

Lelaki ni jenis yang cool kerana yakin dan bertimbang rasa dalam memberi kita suatu kebebasan untuk membuat pilihan dan keputusan yang sewajarnya.Bukan senang nak cari lelaki camni,kebanyakkan semua ada ego tinggi.Tapi diingatkan kebebasan yang diberi itu,bukanla tiket untuk keluar dari rumah tanpa minta izin dari dia.

3. LELAKI YANG BERHATI-HATI

Lelaki ini seorang yang amat bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan. Kalau dapat lelaki sedemikian,nescaya kamu akan selamat 24jam dari sebarang kecelakaan dengan izin Allah s.w.t. Seolah2 kita dapat bodyguard yang sungguh setia menjaga keselamatan kita. Kan sweet camtuh macam dimanjai dan ditatang bagai sang puteri dari kayangan.

4. LELAKI YANG WANGI DAN BERSIH

Lelaki ini bisa membuatkan kamu berasa selesa untuk mendampingi dengan dia. Masakan tidak,sudahla dia wangi kemudian bersih lagi. Tentula kamu akan berasa amat selesa. Sudah lumrah ktia cintakan kebersihan dan kewangian yang neutral. Konfirm keje2 kat rumah menjadi ringan andai dapat lelaki begini.

5. LELAKI YANG PEMURAH

Ni lelaki yang best,setiap ulang tahun kelahiran dan perkhawinan kita,konfirm ada2 je suprise dibuatnya. Ada yang dapat melancong ke luar negara,ada yang dapat barang idaman dan macam-macam lagi. Kalau lelaki ni jenis pangkat DATUK yang lebih berusia,rasanya kita x berapa nak bahagia kot. Lainla kalau dapat DATUK yang muda-muda yang dia sendiri ikhlas mencintai kita.

6. LELAKI YANG TIDAK KISAH

Lelaki ni kadang2 best gak coz apa yang kita masak mungkin dia x la nak kritik sangat macam simon paul tuh. Kadang-kadang bila kita ajak makan kat luar,dia x marah n siap bawa kita ke restoran tempat kamu dating2 dulu. Best kan??

7. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU

Ini lelaki kalau dapat memangla bahagia,bukan apa saat kita dalam kesedihan,kemurungan dan sebagainya,dia lah orang yang paling memberi sokongan padu. Saat kita nak melahirkan anak,dia ada disisi,saat kita perlukan pelukan kerana dibuang kerja,dia ada disisi dan apa jua konteks yang memerlukan kita mendapat sokongan,lelaki inilah yang akan memenuhi konteks tersebut.

8. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN

Lelaki ini kalau dapat konfirm kita akan dapat melawat tempat2 menarik seperti dalam hutan,tasik dan sebagainya. Memang best dapat lelaki yang sukakan kedamaian ni,mungkin kita x pernah masuk dalam hutan akan jadi gila nak masuk dalam hutan. Bukankah romantik berdua-duaan dalam hutan bersama lelaki begini(yang dah jadi suami la),seolah-olah dunia ni milik kamu berdua. Nak balik kampung konfirm dipenuhi lebih2 lagi kalau lelaki ni asal duduk dibandar.Mungkin dia lebih suka ikut kamu ke rumah mak mertuanya.

9. LELAKI YANG EGONYA TIDAK TINGGI

Tentu kita akan bahagia bila kita dapat meluahkan pandangan dan pendapat sendiri kepada lelaki ini.Bahkan dia sendiri sudi menerima cadangan kita,itupun kalau dia rasakan logik dan betul setelah berbincang dengan kita. Lelaki ini juga akan meluahkan perasaan kepada kita tanpa sembunyikan apa-apa.Coz dia yakin kita ni pendengar setia. Bukankah diri rasa dihargai bila dapat lelaki sedemikian

10. LELAKI YANG KUAT BERAMAL SOLEH

Mendapat lelaki yang kuat beramal soleh adalah idaman sejati bagi mana2 wanita seolah-olah dalam rumah itu cam dalam syurga je. Manakan tidak,lelaki ini konfirm akan menyayangi kita dengan sepenuh-penuh kasih sayang,menegur kesilapan kita dengan betul dan sebagainya. InsyaAllah akan mendapat keberkatan dalam hidup kalau dapat lelaki sedemikian. Mungkin sukar nak dapatkannya,tapi jodoh ni aneh.So selalulah berdoa kepada Allah s.w.t akan dikurniakan lelaki sedemikian.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS